FORUM PERDANA “SUBURKAN HARTAMU DENGAN BERWAKAF”

KANGAR, 23 Mei 2023 – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Bank Rakyat telah menganjurkan satu program Forum Perdana “Suburkan Hartamu dengan Berwakaf” sempena Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaan Negeri (IPTN) Bil. 02/2023 yang menjadi tuan rumah pada kali ini.

            Majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Tuanku Canselor KUIPs. Turut hadir pada malam ini adalah Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis selaku penyampai Ucaptama, delegasi IPTN iaitu dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) serta jemaah masjid, pelajar dan kakitangan KUIPs.

Forum Perdana ini menampilkan YBrs. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor KUIPs selaku Panel Pertama dan YBhg. Prof. Dr. Azman Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat sebagai Panel Kedua, manakala Tuan Amin Idris selaku Moderator majlis tersebut.

Mesyuarat IPTN Bil. 02/2023 yang berlangsung pada 24 Mei 2023 melibatkan beberapa Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaan Negeri seperti Kolej Universiti Islam Perlis (Perlis) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kedah), Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Pulau Pinang), Universiti Sultan Azlan Shah (Perak), Universiti Islam Selangor (Selangor), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (Kuala Lumpur), Kolej Yayasan Pelajaran Johor (Johor), Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (Johor), Tati University College (Terengganu), Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Pahang), Pahang Skills Development Centre (Pahang), University College of Yayasan Pahang (Pahang) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (Sabah).

Disediakan oleh:

Jabatan Hal Ehwal Korporat

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

24 Mei 2023

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *