Pendirian Orientalis Terhadap Pengumpulan Mushaf Uthmani; Penyelewengan dan Ketidakadilan

Author: Prof. Dr. Ahmad Bin Muhammad al-Syarqawi

Abstrak:

Pengumpulan al-Quran dengan menyalinnya menjadi mushaf kemudian menyebarkannya ke wilayah-wilayah adalah salah satu usaha terbesar yang berlaku pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin, Khalifah al-Rasyid, Uthman bin Affan semoga Allah meredhainya. Usaha ini dibawah seliaan langsung beliau, untuk ditambahkan ke dalam rekod pencapaian lain dan penaklukan besar beliau. Namun, naskhah yang indah ini tidak terlepas daripada serangan musuh Islam, orientalis. Mereke berusaha meragu-ragukan objektif dan kepentingannya, serta meremehkan nilainya. Dalam penyelidikan ini, dibentangkan keraguan-keraguan mereka dan jawapan balas secara ilmiah terhadap tuduhan mereka, dengan mendatangkan petikan pendirian para orientalis yang adil, di mana saya menyatakan keraguan-keraguan utama yang mereka timbulkan; mempersoalkan tujuan Uthman mengumpulkan al-Quran, tuduhan buruk terhadap jawatankuasa yang dibentuk, keraguan mengenai pembakaran al-Quran oleh Uthman, keraguan berkaitan mushaf milik peribadi yang wujud semasa pengumpulan al-Quran, cubaan memburukkan susunan al-Quran dan rasm al-Uthmani, dakwaan bahawa beberapa perenggan al-Quran telah hilang, dakwaan bahawa terdapat kandungan al-Quran yang bukan daripadanya, serta mengkritik nilai Mushaf al-Imam. Saya membentangkan perkara tersebut, menyangkalnya, membincangkan dan membatalkan dakwaan mereka bahawa dibenarkan membaca Al-Quran dengan makna, dan mendedahkan cara mereka menyelewengkan ketepatan, kejujuran dan bersikap objektif, seperti mereka meragui riwayat yang sahih, sebaliknya mereka meraikan riwayat-riwayat yang lemah, mereka sentiasa berhujah dengan percanggahan beberapa riwayat, dan pergantungan mereka pada beberapa pandangan Syiah al-Raafidah yang tiada sandaran.

Kata kunci: Pengumpulan al-Quran – Uthman bin Affan – Orientalis

Download [PDF]